Mandian Bidara Madinah Clean Best: Surah Daripada Al Quran Sebagai Penawar Sihir Dan Penyakit Aneh



Nama Produk


Mandian Bidara Madinah Clean Best


Tips  Untuk Hidup Sihat dan Tenang

Surah Daripada Al Quran Sebagai Penawar Sihir Dan Penyakit Aneh


Sejak daripada kecil lagi kita didedahkan dengan kegunaan air sebgai penawar pelbagai jenis penyakit. Ada yang mengambil air yang dibacakan Surah Yassin sebagai penerang hati  manakala ibu yang ingin bersalin digalakkan untuk minum air selusuh bagi memudahkan proses bersalin.

Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat. Suatu malam, dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu mengadu hal itu.

Rasulullah SAW bertanya: “Tidakkah engkau mempergunakan ayat Asy-Syifa?”

Al-Qusyairi tersedar lalu dicarinya ayat itu di dalam Al Quran. Al-Qusyairi menuliskan ayat ini pada kertas dan dibasuh dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Dengan izin Allah, penyakit anaknya sembuh.

Daripada sudut saintifik, saintis Eropah dan Jepun mendapati air adalah satu elemen yang hidup kerana ia mampu merakam gema, perasaan dan bacaan terhadapnya. Ini dibuktikan dengan gambaran molekul air yang berubah bentuk bergantung kepada interaksinya dengan keadaan luaran. Apabila dibacakan dengan sesuatu yang baik, seperti ayat Al Quran, molekul air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar dan bercahaya. Dan, begitu juga sebaliknya.

Allah berfirman: “Wahai manusia, sesungguhnya datang  kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Al Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit di dalam dada.”
(Surah Yunus: 57)


Doa yang dibacakan pada air boleh dijadikan amalan harian untuk mencari penawar dan mencapai hajat tertentu, antaranya:

     1.    Surah Al Fatihah – Penyembuh keracunan
     2.    Surah Al Syarh – Menghilangkan kesulitan dan bebanan
     3.    Surah Al Qadr – Pembuka minda dan menerangkan mata
     4.    Surah AL Kafirun – Menghindar hasutan iblis dan makhluk halus
     5.    Surah Al Ikhlas – menjauhi mata-mata jahat
     6.    Surah Al Falaqa – Pemyembuh penyakit siang dan malam
     7.    Sura An Nas – Menjauhi gangguan jin
     8.    Surah Al Isra:28 – Penghadang dan pembimbing
     9.    Surah At Taubah:128 – Menghilangkan sebarang sakit
     10. Ayat Qursi – Menghindar gangguan makhluk halus
    11. Surah Al Baqarah – Terselamat daripada bencana dan bahaya termasuk gangguan sihir
     12.  Surah Israil – Penawar segala jenis kesakitan
     13. Surah As Shafat – Sentiasa sihat
    14. Surah Ali Imran – Terpelihara daripada segala penyakit dan gangguan jin
    15. Bacaan Istighfar – Pengampunan dan penyembuh serta doa penyembuh angina ahmar
     16. Khatamul Al Quran untuk penyembuhan penyakit zahir dan batin


Facebook



Pautan Lain



Comments

Popular posts from this blog

FTR : 111 Formula tarik Rezeki

Mandian Bidara Madinah Clean Best: Sihir Pelalau

Koleksi Cadar Patchwork